Khamis, 5 Februari 2015

Beza Produk Shaklee Dibandingkan Dengan Vitamin Atau Ubat Di Farmasi


Apa beza beli produk Shaklee dibandingkan dengan vitamin lain yang dijual kat farmasi... Tak sama ke ?

Saya sering dihujani pertanyaan sebegini. Di sini ingin saya memperbetulkan sedikit persepsi. VITAMIN.. ya kita boleh mendapatkan vitamin dari mana-mana kedai pun. Dalam minuman ringan pun katanya ada VITAMIN C. Namun vitamin yang sering kita tengok dan sebut tu, ada beberapa perkara yang kita tak pernah ambil tahu :-

  • Daripada apa ia dibuat?
  • Apakah ujian-ujian yang dilakukan ke atasnya?
  • Apakah ia halal?
  • Apakah ia BENAR-BENAR VITAMIN?
  • Sejauh mana keberkesanan dari segi kadar peresapannya?
  • Apakah ia mencukupi untuk tubuh kita?
  • Dan lain-lain
Salah satu perkara yang penting dalam pembuatan vitamin atau mineral ialah UJIAN yang dilakukan ke atas vitamin-vitamin tersebut. Biasanya ada 4 tahap penyelidikan yang dilakukan ke atas sesuatu produk perubatan, dan untuk mutraseutikal biasanya melalui 3 tahap sahaja, atau ada yang kurang dari itu.

Ujian-ujian tersebut ialah :-

  1. PENYELIDIKAN ASAS - kaji selidik dilakukan dengan pembacaan dari rekod-rekod yang pernah dilakukan sebelum ini, jurnal dan sebagainya. mungkin ada melakukan interview, untuk mendapatkan kefahaman
  2. UJIAN MAKMAL - ujian-ujian dan kajian dibuat di dalam makmal terhadap satu-satu produk
  3. UJIAN TERHADAP HAIWAN - biasanya tikus digunakan untuk menjalankan ujian ini. biasa kan kita dengar "tikus-tikus yang diberi XXXX mengalami reaksi YYYY"
  4. UJIAN KLINIKAL - kajian yang dilakukan terhadap manusia. produk kesihatan TIDAK PERLU menjalani ujian klinikal kerana ia adalah dalam industri Nutritional. berbeza dengan ubat-ubatan yang digunakan di hospital-hospital atau klinik-klinik yang memerlukan ujian klinikal. ini adalah kerana ubatan-ubatan adalah di dalam Industri Medikal.
Dan Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.
Masih ragu-ragu???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih :)