Isnin, 2 Februari 2015

Cara Merawat Batu Karang Dengan Shaklee

Amalkan doa ini

  • Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
  • Kencing berdarah?
  • Demam menggigil?
  • Muntah-muntah?
  • Air kencing keruh atau berbau busuk daripada biasa?
  • Sakit ketika membuang air kecil?
Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera kerana anada mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.

Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu.
Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk.
Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisa komposisi batu karang yang ditemui.

Jenis-jenis Batu Karang Dalam Buah Pinggang :-
  • Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan ini akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendap di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite - biasanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam airkencing.
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.
Jenis-jenis Batu Karang Dalam Hempedu :-
  • Kolestrol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolestrol di dalam hempedu
  • Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.

Cara Atasi Atau Elakkan Batu Karang :-
  • Minum air masak 8-12 gelas sehari
  • Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pemgambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang keledak dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protein haiwan dan gantikan dengan protein ikan atau tumbuhan
Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Penyakit Batu Karang :-

  • Alfalfa Complex - untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B complex - untuk menampung kekurangan B6 dalam badan
  • Ostematrix - suplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna
  • Vitamin C - Untuk membantu penyembuhan luka dalaman
  • ESP (Isolate Protein Powder) - sebagai pengganti protein haiwan, bebas kolestrol dan sumber protein soya bukan GMO
  • Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

p/s : Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang suplemen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih :)